Blogger Utara, Crocs Murah, BabyGap, Jibbitz Murah, Jibbitz Original, Pelaburan Emas, Pelaburan Dinar Emas, Public Gold

Salah Siapa? – Muka Depan Utusan Malaysia Online

Gambar ni dipilih kerana terdapat salah ejaan pada pernyataan ayat berkenaan gambar tersebut. Gambar tersebut telah keluar di Muka Depan Akhbar Utusan Malaysia Online. 1Malaysia tengok berita nih. Lepasni editor patut berhati-hati dalam penulisan mereka. Ayat yang sebenarnya mungkin SPM dan STAM 2009, bukan 2001. Sedangkan tarikh dalam bultan besar adalah 11 Mac 2010.

Salah Siapa? Kan dah kena!!!

Harga Emas Sedang Turun!!!

Yeah… kepada para pelabur, pemilik, dan bakal pemilik emas. Tak kiralah emas jongkong ke, emas perhiasan ke… sekarang dinasihatkan kepada korang semua bahawa minggu ini adalah masa terbaik untuk menambah koleksi emas anda. Ini kerana graf minggu ini telah menunjukkan penurunan harga emas yang ketara.

Harga emas hari ini ialah 1gram = RM132.06.

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 11/03/10 10:45 AM)

We Sell We Buy
20 gram RM 2666.00 RM 2506.00
50 gram RM 6634.00 RM 6269.00
100 gram RM 13206.00 RM 12546.00
1 kilogram RM 132063.00 RM 125460.00

Jadi kepada para penggemar emas, bakal membuat pelaburan emas, pelaburan dinar emas, bertindaklah segera untuk dapatkan aset anda sekarang. Kalau sesiapa yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan emas atau mendapatkan stok emas, bolehlah menghubungi saya dengan meninggalkan emel anda dan nota dalam Chatbox disebelah. Insyaallah saya akan membantu anda.

Ujian Personaliti JPA

Alamak, camna nih, start 9 – 12 Mac, aku kena amik ujian personaliti yang dikendalikan oleh JPA. Ujian ini jugak dikenali sebagai Ujian Psikologi Online. Memang psycho betullah. Ujian tu sehari je. Tapi kena la pilih tarikh-tarikh yang sesuai dalam masa yang diorang nyatakan tu. Aku amik ujian ni bagi memohon jawatan baru. Jika ada rezeki, dapatlah kerja baru.

So macam biasa, bila nak menduduki ujian, kenalah buat research, study dan apa-apa jelah persediaan yang secukupnya. Sempat jugak tanya Encik Google, dengan gunakan keyword ‘contoh soalan ujian psikologi’, ‘contoh soalan ujian personaliti’ dan sebaigainya. Nyata hampa sekali.. Tiada contoh yang bersesuaian. Jadi kena buat persediaan sendirilah. Encik Google pun tak dapat nak tolong.

So jenis-jenis ujian ni merangkumi :-
1. Indikator Perwatakan Unggul (IPU)
2. Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK)
3. Indeks Personaliti (IP)
4. Inventori Stres Organisasi (ISO)
5. Indeks Pengurusan Konflik (IPK)
6. Indeks Motivasi Diri (IMD)
7. Indeks Organisasi Cemerlang (IOC)

So bersedialah dengan apa yang patut. Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku. Kawan-kawan, doalah semoga aku berjaya. Maklumlah, bukan senang nak cari kerja yang bagus dizaman yang serba mencabar ni. Kita jugak kena sedar, kalau kita rasa kita ni dah bagus, dah terer, terimalah hakikat yang kat luar sana ramai lagi yang hebat, yang bagus, yang terer. Jadi bertindaklah dengan sebaiknya. Amin Ya Rabbal Aalamin……

Rancangan Bijak Wang – TV3 Siaran Tayangan 7 November 2009

Tetamu Jemputan ialah Dato’ Mohd.Salleh Bin Abdul Majid – Bekas Presiden BSKL.

Antara intipati dari Rancangan Bijak Wang pada malam semalam.

Dalam ruangan Bijak Wang di TV3 pada 8 November 2009.

Beliau menyatakan bahawa pada kenaikan emas sejak 5 tahun lepas hingga sekarang ialah sebanyak 250%. Ini bermakna kenaikan purata setiap tahun ialah 50%. Anda semua bolehlah membuat perbandingan dengan skim-skim pelaburan yang terdapat di Malaysia. Adakah berbaloi jika anda melabur dalam emas? Ya, sudah tentu.

Harga emas dunia pada hari ini mencecah kepada USD1100/oz. Jangkaan emas akan meningkat dengan mendadak sekali pada masa terdekat ini. Jangkaan harga tersebut bukan USD1300/oz, bukan USD1600/oz malahan mencecah kepada USD2000/oz. Hal ini berlaku kerana banyak negara telah membeli beribu-ribu tan dari IMF. Termasuklah China dan India. Jadi, adakah kita nak tunggu lagi harga emas jatuh mendadak? Saya berani kata tidak mungkin ia jatuh mendadak.

Juara Raja Lawak Musim Keempat

Malam tadi adalah Minggu Terakhir ataupun Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim ke 4. Pemenangnya ialah Kumpulan Kecik. Naib Juara ialah Idlan (Abang Kasim Pon Pon). Ketiga pula ialah Alex.

Persembahan akhir malam tadi sangat terhibur. Tapi tak leh lari dari segala cacat cela. Antaranya ialah Idlan terlupa lagi script lawak dia. Ini memang tak leh diterima sebab dia dah banyak kali ulangi kesilapan yang sama dalam minggu2 sebelumnya. Manakala sewaktu persembahan Kumpulan Kecik pula, microphone tak berbunyi sewaktu persembahan musical comedy sedang berlangsung. Mujurlah Zizan cover baik punya. Dia tolong kasi microphone kat Kecik. Seperti yang aku duga, Juara adalah Kecik. Sebab konsisten dan yakin dengan persembahan mereka sendiri.

Manakala Alex memang kena dengan jangkaan aku untuk jadi pemenang tempat ketiga. Alex memang pandai buat kelakar dalam persembahan Raja Lawak ni. Idea-idea dia memang fresh. Lawak yang ada IQ… Dia kalah mungkin sebab tak ramai yang mengundi dia berbanding si Kecik dan Idlan. Idlan patut dengan Naib Juara sebab start minggu ke 4 hingga minggu ke 8 persembahannya sangat teruk. Terlupa script dan sebagainya. Dari kedudukan yang sangat kukuh di tempat pertama, sehinggalah jatuh ke tempat kedua di dalam undian mingguan.

Apapun tahniah buat semua peserta-peserta akhir Gelanggang Raja Lawak Musim Ke 4.

Misi Mencari TV – Jom Ronda…

Kami bertiga buat operasi mencari tv plasma tv. Mula2 berkenan dengan LG sebab boleh pusing kiri kanan. Lepas tu decide la nak beli LG. Rupa2nya kami dimaklumkan pula oleh promoter yang LG plasma tv yang kitorang nak beli tu tak support Full HD. Dah satu hal pulak…

Pastu decide nak beli Sony Plasma TV. Dah berkenan. Tapi kurang pulak 2 inch dari yang dinakkan tu. Tapi tak kisah. So pilih nak Sony Bravia BX400. Confirm Sony.. Bila mana cek stok, habis pulak. Kena tunggu selama 4 hari.

So dari satu hari ke satu hari, kami tangguhkan rancangan kami. Semalam bangun awal, cargas kami bertiga lagi ke Cheras pulak.. hehe… gi lah cari model lain pulak. Last2 berkenan lah dengan Full HD, 42inch Philips. Kalau mintak dia hantar, besok baru dia hantar. Tapi takpalah nak bawa balik hari tu jugak…

Heheh… dapat 2 free gift. HDMI cable & headphone.

Saksikan camna kami muatkan Plasma TV 42inch dalam kereta Myvi. Muat ke? heheh

Tengoklah tv lama tu puas2… nanti Mummy nak ajak kita p tengok tv baru…. lalalala

Best Plate Number – STIIL

STIIL… itulah nombor plate yang sempat aku tengok tadi sewaktu aku sedang naik moto kat Jalan Chow Kit. Bebetulan nampak kereta Mazda ni plate dia lain macam, aku snap terus. Heheh. Ini plate Sabah.. Kalau tak silap aku la.. so memang padan nombor plate ni dengan kereta MazdaRX-8 dia.. heheh

Nombor plate yang sebenar ialah ST 11 L… disebabkan dia pakai fancy plate, so jadilah STllL. Very Very Nice…

Review – Ondscene.my

Bagi penggemar-penggemar inertnet diluar sana, jika anda inginkan berita segar dan lebih telus dari tempat kejadian, aku nak cadangkan kepada korang satu blog nih. Kalau nak akses try ke link ini. Berita-berita yang disiarkan kebanyakannya berkenaan dengan kemalangan. Tak kiralah kemalangan jalan raya ka, kemalangan bunuh diri ka, kemalangan kebakaran ka atau sebagainya, yang pastinya blogger Ondcene.my ni memang best sebab hidangkan berita-berita yang fresh.

Sehinggakan aku pernah terjumpa lebih dari 5 kemalangan termasuklah kemalangan di MRR2 – bertajuk Tempeyek Yang Tidak Sampai, kemalangan di Highway PLUS berdekatan Bukit Beruntung – bertajuk Maut Diseret Kira-kira 200 meter, kemalangan di Ampang Waterfront – bertajuk Rupanya Menantu Sendiri Yang Maut yang mana aku saksikan sendiri kejadian dan dia laporkan di blog dia. Jadi kalau aku tengok ada kemalangan tapi tak tahu apa punca kejadian, aku akan refer ke blog Ondscene.my ni lah untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Pada aku, aku seronok layan berita-berita dari blog dia. Korang-korang kalau nak tengok macam-macam kemalangan, lebih-lebih lagi di musim perayaan ni korang bolehlah jenguk kat blog ni Ondcene.my. Ternyata berita terbaik dari ladang. Hehe

Potret Family Kami

Sesaja upload gambaq yang dah print kat Foto Asasjey di Shah Alam. Gambaq ni print besaq sebab nak masukkan dalam frame dinding kat rumah

Ini gambaq Hari Raya kat Kampung Kuala Sanglang, Kedah.

2nd Anniversary

8 Feb setiap tahun merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami berdua. Pada tarikh tersebut pasti kami akan sambutnya dengan apa cara sekalipun. Pada tahun 2010 merupakan ulangtahun yang kedua perkahwinan kami. Jadi kami menyambutnya dengan sederhana. Sambut pun kat rumah je. Gambar-gambar kat bawah ni ada beberapa menu dinner kami yang tak seberapa hasil air tangan isteri saya.

Coklat, beli online… heheh


Beli coklat ni dari www.lovelygift.my


Haha, inilah yang saya katakan tadi. Air tangan isteri saya…
daging masak lada hitam.. Hehe Black Pepper la…

Adriana macam biasa, tukang sibuk… mentang-mentang dah pandai jalan,
tak nak duduk diam dah dia sekarang nih

Ini plak pencuci mulut, nyam nyam nyam…

So thanks a lot untuk isteri dan Adriana sebab sediakan makanan ni untuk babahnya…

Find the Best Verizon Cell Phone Deals Online | Thanks to Checking Accounts, Highest CD Rates and UK Loan