Pertandingan Bayi Comel Sempena Hari Bapa 2009

Father’s Day Special

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi menyambut Hari Bapa, azuwanibrahim.com iaitu pengendali blog independent (tidak bergantung pada mana-mana pihak), akan menganjurkan satu pertandingan bayi @ kids comel. Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan menyambut Hari Bapa 2009. Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009.

Bagi menjelaskan perkara ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu diikuti oleh para peserta.
- Penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira di dalam Malaysia atau di luar negara.
- Anak anda mestilah berusia dibawah 4 tahun dan kebawah.
- Peserta perlulah menghantar 3 keping gambar terbaru anak anda.
- Pastikan gambar yang dihantar adalah jelas dan beresolusi tinggi. Jika tidak, penyertaan anda akan ditolak. (Paling minima adalah saiz 1024×768pixel).
- Peserta perlulah menghantar gambar ke alamat emel azuwanibrahim@gmail.com.


- Sila sertakan butir-butir berikut :

Nama Penuh Peserta :
Nama Pasangan :
Nama Anak :
Tarikh Lahir Anak :
Alamat :
Nombor Telefon :

- Gambar yang dihantar ke penganjur, adalah menjadi hak milik penganjur.

- Pertandingan ini akan bermula pada 13 Jun 2009 dan akan berakhir pada 11.59pm 30 Jun 2009. Penyertaan yang lewat akan diketepikan serta merta.
- Semua peserta yang berkelayakan akan melalui saringan yang akan dilakukan oleh penganjur. Manakala 10 peserta terbaik akan menjadi peserta ke peringkat akhir.

Hadiah.
- Memandangkan penganjur adalah blogger Independent (tidak bergantung pada mana-mana pihak), maka tiada hadiah lumayan yang akan ditawarkan. Penganjur hanya berniat untuk memberi khidmat masyarakat sambil merancakkan dunia blogging di Malaysia amnya.
- Jadi hadiah pemenang utama yang di tawarkan ialah sejumlah RM300 tetapi dalam bentuk sesi penggambaran outdoor seisi keluarga di sekitar Kuala Lumpur pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

*Jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk memberi sumbangan atau memberi cadangan kepada mana-mana penaja, pihak penganjur amatlah mengalu-alukan supaya program sebegini dapat berjalan lebih kerap. Mungkin tidak perlu menanti setiap kali Hari Bapa sahaja. Jika penganjur mendapat tajaan dari mana-mana pihak yang sudi, mungkin penganjur boleh menganjurkan program ini setiap bulan.

Jadi, penganjur mengucapkan selamat mencuba.

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Pertandingan Bayi Comel Sempena Hari Bapa 2009”

  1. BB sufi says:

    ala,sudah terlebih sudah

  2. admin says:

    takpa….jangan bimbang… sikit hari lagi akan di adakan lagi…
    masih kekalkan penyertaan untuk baby & kid…tapi tema lain pulak…
    nanti saya akan maklumkan….

  3. ct says:

    ala, dah tamat tarikh.. nanti kalau ada lg inform kat sy k..tq

Leave a Reply

Find the Best Verizon Cell Phone Deals Online | Thanks to Checking Accounts, Highest CD Rates and UK Loan