Bilamana kita hidup senang, depa sentiasa rasa gembira. Bilamana kita susah, depa sanggup buat apa sahaja untuk kita. Asalkan kita ni hidup sihat, bahagia dan sejahtera. Tapi pernahkah kita terpikir untuk penuhi kehendak mereka? Dikala depa minta tolong, kita rasa berat untuk bangun tolong. Bila depa suruh buat sesuatu yang baik, kita mesti rasa malas untuk lakukannya. Pernahkah kita letak tempat kita di tempat mereka? Kalau dulu zaman tak reti apa-apa, memanglah selalu sakitkan hati mereka. Tapi bilamana usia kita dah mengejar seperti usia mereka suatu ketika dahulu, pasti kita tidak menyesal jika kita patuh apa yang depa hendakkan. Kalau dulu boleh dikatakan hari-hari depa ada depan mata, rasa macam tak senang duduk pun ada. Bila duk berjauhan makin jauh makin terasa siapa mereka. Namun tidak akan ku lupa, jasa-jasa mereka. Siapa mereka? Merekalah ibu bapa kita. Walaupun aku tadi bapa, namun aku sentiasa ingat dia di alam sana. Walaupun aku hanya ada ibu di jauhan sana, namun masih tak lambat untuk aku ucap Selamat Hari Ibu dan Bapa.