WTS – Canon DSLR 550D Body Only

Saya ingin menjual DSLR Canon 550D Body Only

Barang berkeadaan tip top
Shuttercount rendah
Beli bulan March 2010
Warranty 1+2 Canon Malaysia
Datang sekali dengan Screen Protector, 4GB SD card,
dan tripod.
Gambar yang dinyatakan adalah gambar sebenar.
Namun hanya body sahaja yang ingin dijual.

Lokasi Ulu Kelang, Ampang, Batu Caves, Gombak

Harga RM2,450.00 Tetapi boleh  nego.
Berminat hubungi Duwanz 019 – two two one eight one eight two

WTS – 32GB Sandisk Ultra SDHC Card

Saya ingin menjual Memory Card jenis Sandisk Ultra SDHC Card 32GB

Brand Sandisk
Kapasiti 32GB
Speed 15Mbps
Usia lebih kurang 2 bulan lebih
Beli bulan April 2010
Nak jual sebab nak angkat CF card
Lengkap dengan kotak
Warranty masih ada
Lokasi Ulu Kelang, Ampang, Batu Caves, Gombak

Harga RM300.00 Nego

Berminat hubungi Duwanz 019 – two two one eight one eight two


Saya ingin menjual SD card sahaja. CF card tidak termasuk sekali.

WTS – Lens Tamron 17-50mm F/2.8 Canon Mount

Saya ingin menjual Lens Tamron Tamron 17-50mm F2.8. Canon Mount

Barang masih baru. Tip Top Condition.
Beli pada 3 April 2010 di Gadget World Low Yat Plaza
Usia lebih kurang 2 bulan lebih
Nak jual sebab nak angkat Full Frame lens
Warranty masih ada
Barang lengkap dengan kotak, lens hood
Lokasi Ulu Kelang, Ampang, Batu Caves, Gombak

Harga RM1,400.00
Berminat hubungi Duwanz 019 – two two one eight one eight two

Lemah Wanita & Lembut Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat …di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,
‘Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,
‘Keburukan yang paling hodoh ialah SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI….. .

“Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu …”ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami. Dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”.

Final Piala FA 2010 – Kedah VS Negeri Sembilan

Siapakah bakal juara Piala FA 2010?

Gambaq : Kredit to Jeebsion

Jawapannya tentulah pada penentuan final malam ni. Kedah akan turun beraksi menentang Negeri Sembilan. Dan pastinya pasukan pilihan ialah Negeri Sembilan kerana depa adalah juara Piala Malaysia pada tahun 2009.

Namun Kedah tak kurang hebatnya juga kerana sejak akhir-akhir ini mutu permainan depa meningkat dengan baik.

Malam tadi aku bersama isteri serta anak sempat lagi meninjau persiapan sempena final di Stadium Bukit Jalil. Sempat jugaklah kami membeli jersi untuk di pakai pada malam ni. Ini juga pertama kali Adriana akan masuk Stadium Bukit Jalil. Dan kali ketiga Adriana masuk stadium menyaksikan perlawanan bolasepak yang mana pasukannya kesayangan kami Kedah beraksi.

Jadi buat Pasukan Kedah, buatlah yang terbaik. “Pulun Kedah Pulun”. Kita sekat kemaraan “Hobin Jang Hobin”.

Menyinarnya Permata Negara – The Pocket Rocketman

Tahniah dan tahniah. Itulah ungkapan yang boleh aku ungkapkan buat Azizulhasni Awang. Walaupun beliau hanya meraih pingat perak acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Copenhagen, Denmark, tapi aku bangga dengan seorang anak Malaysia ini kerana kejayaannya yang sangat takjub.

Bukan senang di usia muda, boleh memahat nama di persada antarabangsa. Pada perlawanan tersebut Azizulhasni hanya ketinggalan separuh tayar di belakang pelumba Britain, pada masa yang sama dia juga terpaksa menerima asakan pelumba Jerman, Maximilian Levy (pemenang gangsa) penyebab utama dia gagal memintas Hoy sehingga di garisan penamat.

Apapun tahniah buat beliau. Walau aku tak pernah berjumpa dan bersua mata, aku nak cakap kat dia seolah-olah dia ada depan mata aku dengan ayat camni…

“Azizulhasni , aku nak bagitau yang hang ni memang “Permata Negara Yang Berjaya, Tahniah”.

Cantik Kasut Awak

Hahaha….. nak tergelak pun ada.. malu pun ada….

Ceritanya camni, pagi tadi jam 8pagi sewaktu nak naik lif untuk masuk opis, adalah kakak ni. Masuk dalam lif sekali dengan aku lah. Dia berdiri sebelah aku. Pastu dia pandang atas bawah tengok aku. Aku pun pelik. Pastu lif berhenti kat tingkat 4. Ramai orang keluar. Aku meneruskan perjalanan lif ke tingkat 7. Pastu dia pandang bawah sambil cakap…

“Cantik kasut awak!!!, ada lagi tak”.

Aku cakap tak da dahla. Aku pakai ni untuk aku jer. Nak tahu apa benda ada kat kasut aku? hahah korang tengok lah sendiri.

Kes Facebook – ‘All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks’

Malam semalam sempat aku baca news dalam Berita Harian kot. Ceritanya berkenaan dengan satu group di Laman Facebook yang telah mecipta satu group khas ditujukan kepada semua wartawan hiburan di Malaysia. Tajuk Group dalam Facebook tersebut ialah “All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks”.  Wahhh… ini merupakan tindakan drastik pembenci-pembenci wartawan hiburan di Malaysia. Si wartawan tu buat kerja depa. Pastu kena maki-maki dengan pengikut artis di tanahair kita nih. Mungkin ada yang individu yang kurang senang dengan tindakan wartawan tu. Group tersebut di create semata-mata untuk menghina dan mengutuk para media tempatan.

Pada hemat saya, saya sendiri pun tak tau mana satu pihak yang bertindak dengan betul. Jadi semuanya perlu penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Sempat jugak tadi tengok berita yang para wartawan tersebut telah membuat laporan polis berkenaan dengan isu wujudnya group tersebut. Ini kerana mereka merasakan tindakan orang yang create group tersebut sebagai orang yang tidak bertanggungjawab sebab dengan sewenang-wenangnya menghina kerjaya mereka.

Apapun, semoga isu ini akan selesai secepat mungkin.

Tahniah Lee Chong Wei

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai Kejohanan Badminton All England ke 100 acara perseorangan di Birmingham, England. Aku sendiri pun tengok Siaran Langsung Perlawanan Akhir tersebut. Agak gementar pada mulanya sebab Kenichi Tago (Jepun) yang berusia 20tahun telah mendahului perlawanan pertama. Kecut perut jugak. Tapi dengan semangat Chong Wei yang kental, dia berjaya menang dengan straight set 21 – 19, 21 -19 pada perlawanan tersebut. Semoga Chong Wei akan terus kekal sebagai Pemain Badminton Nombor Satu Dunia.

Keep It Up Chong Wei.

Malaysia Bulleh…

Al-Fatihah | Diana Rahman

Van Jenazah kendalian PDRM

Awal pagi semalam aku bangun pagi macam biasa. Plan semalam ialah jam 7pagi kena gi Subang untuk shoot si Farawahida. Dia dah pesan berkali-kali hari sebelumnya. “Abang Wan, pukul 7 pagi tau kat Monash”. Hah!!! pukoi 7pagi?

Ok ok.. demi memenuhi kehendak dia, aku pun kena readylah untuk nak ke sesi shooting tu. Sedang duk siapkan equipment untuk keluar shooting, aku dapat panggilang telefon dari Mat Wenn. Apahallah pagi-pagi buta ni nak call aku.

Find the Best Verizon Cell Phone Deals Online | Thanks to Checking Accounts, Highest CD Rates and UK Loan