Azuwan Ibrahim | Create Your Badge


 
»
S
I
D
E
B
A
R
«
TM High Speed Broad Band (HSBB)
Dec 31st, 2009 by admin

Balik dari kerja terkejut sebab tiang telefon depan rumah dah pasang fiber optic. Maybe dalam pelaksanaan TM HSBB. Katanya akan di implemen pada Mac 2010. Kelajuan minimum akan pelanggan dapat ialah 10Mbps. Jika langgan 12Mbps maybe akan dapat IPTV support HD.

Ini adalah rumour yang aku dengar dari staf-staf TM. Harga yang bakal diperkenalkan aku tak pasti. Nanti dapat harga berapa, aku akan update. Insyaallah. So layan….. Streamyx HSBB coming soon

Memang dah sahih dan konfem ini fiber optic cable.

Aik, camna budak kecik ni boleh ada kat sini? Ada-ada jer budak kecik ni.

TM kena bagi kredit kat budak kecik ni sebab menjadi model tampalan di tepi exchange box tu. Sebab lain ialah budak kecik ni membuat thumbs up kat logo TM. huhu.

Cak!!! Yelah, kalau kotak TM ni tak dak kat situ, takdaklah muka budak kecik ni kat dalam dunia maya blog babah dia dan juga Facebook babah dia. Nana, say thanks to babah coz upload your picture and to mummy too coz snap your picture.

Seminar Emas Pelaburan Di Putrajaya
Dec 17th, 2009 by admin

Malam tadi sempat merempit 140 km/j menuju ke Pusat Kejiranan Presint 16 Putrajaya. Keluar dari rumah jam 7.20malam. Sampai kat Tesco Ampang jalan jem. So aku ikut laluan alternatif ke Putrajaya dengan menaiki highway Maju Expressway. Dalam pukul 8.15malam sampai ke destinasi. Ramai yang datang memenuhi tempat di Auditorium1 tersebut.

Pada mulanya hanya 40 orang sahaja yang sahkan tempat duduk. Tapi rupanya di luar jangkaan. Full House. Penuh tempat duduk.

So layan lah gambar ni.

Read the rest of this entry »

Wali – Cari Jodoh | Video Clip
Dec 15th, 2009 by admin

Layan Beb… seronok tengok video clip nih…

Layan Lirik Kat Sini Read the rest of this entry »

Laos VS Malaysia – Sea Games 2009
Dec 15th, 2009 by admin

Watch Full Game Laos VS Malaysia at Laos Sea Games 2009

Malaysia Won 1 – 3

Untuk lihat sambungan game seterusnya, sila klik Read the rest of this entry »

Garis Panduan Untuk Penulis Blog
Dec 13th, 2009 by admin

Garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah :

  1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat.
  2. Jangan sekali-sekali menciplak.
  3. Mengenal pasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut.
  5. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta.
  6. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera.
  7. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.
  8. Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog.
  9. Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  10. Mematuhi piawaian yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Wah selama ini aku tak tau pulak yang nak tulis blog pun kena ada etika yang 10 nih. Oklah2. Lepas ni kita cuba buat yang terbaik.

Pasang Kabel Astro
Dec 12th, 2009 by admin

Hari ini hari Sabtu. Jadi dari buat kerja-kerja tak berpaedah, aku dengan biras aku, Iswadi membuat pemasangan cable dish astro baru… cable astro lama tebakaq… jadi kami dah berjaya tukaq kabel baru.

So lepasni kalau sapa-sapa ada masalah dengan astro, boleh la hubungi kami. Kami adalah Astro Installer yang tidak bertauliah, tapi kerja-kerja finishing kami lebih baik dari Astro Installer. Please Hire Us… hahah..

Dalam gambaq ni adalah biras aku. Iswadi Ahmad @ Hasan

Kat mana yang terbakaq? Kat sini lah yang terbakaq. Rumah sebelah terbakaq. Alhamdulillah kami semua selamat.

Kewajipan Berzakat
Dec 12th, 2009 by admin

Assalamualaikum semua.

Zakat?

Sebagai memperingatkan kawan-kawan semua, sudahkah anda membayar zakat bagi tahun ini. Jadi bagi sesiapa yang memperoleh pendapatan dari apa segi sekalipun, saya menyeru kepada kawan-kawan semua supaya menunaikan kewajipan berzakat. Jika anda tidak pasti berapa nilai yang perlu dikeluarkan oleh anda, jangan bimbang. Saya akan bagi pautan mudah untuk buat pengiraan zakat.

Begitu mudah untuk anda semua membuat pengiraan jumlah wajib mengeluarkan zakat pendapatan ataupun zakat perniagaan anda. Jadi sila klik di pautan ini. http://www.zakat.com.my/. Di pautan tersebut terdapat cara pengiraan pelbagai jenis zakat termasuklah Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat Saham, Zakat KWSP, dan juga Fidyah. Dengan menggunakan Kalkulator Zakat tersebut, ia amat memudahkan para pengguna menggunakannya.

Perkhidmatan ini disediakan oleh PPZ MAIWP (Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan).

Jika anda tiada masalah dalam pembayaran cukai pendapatan, maka saya berharap agar anda juga tidak mempunyai masalah dalam membat bayaran zakat. Percayalah, dengan mengeluarkan zakat, Insyaallah rezeki kita melimpah ruah. Saya menyeru supaya kawan-kawan semua melaksanakannya sebelum terlambat.

Sungguh mudah menggunakan e-Filling yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), malah lebih mudah jua jika kita cuba menggunakan Kalkulator Zakat ini untuk menyemak dan membuat pembayaran zakat kita.

Ingatlah

“Berzakat Menyucikan Harta Benda Dan Jiwa

Honda Cub C50 Atau C70 Mesti Lampu Bulat
Dec 11th, 2009 by admin

Kat sini saya nak pertolongan kawan-kawan atau pembaca-pembaca blog saya. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjualkan motosikal Honda Cub C50 atau Honda Cub C70, tak kisah la tahun berapa, usia berapa, mileage berapa.

Janji kondisi mesti elok. Roadtax masih hidup. Ada geran yang sah. Body tak dak yang berlubang. Gear tak kisah gear depan atau belakang. Kalau ada yang nak offer, saya persilakan. Tapi bajet saya adalah rendah. Iaitu RM1,000.00 kebawah. Kalau setakat RM1,000.oo lebih sikit-sikit tu tak kisahlah yer. Sila offer bila-bila masa sahaja selagi saya ingin membelinya.

Jadi kawan-kawan semua, selamat beramal.

New Perodua Alza 1.5 DVVT MPV
Nov 22nd, 2009 by admin

Wah… Perodua melancarkan kenderaan terbarunya. Nama kenderaan baru tersebut ialah Perodua Alza. Spesifikasi 1.5 DVVT berkategori MPV. Khabar dari luar sana telah didengari bahawa sebelum pelancaran Perodua Alza, Proton telah menurunkan harga Proton Exora nya. Mana taknya, Proton meletakkan harga terlalu tinggi bagi keluaran Exora. Iaitu RM75, 998. Manakala harga pengenalan bagi Perodua Alza 1.5 DVVT MPV RM55, 490

Belum lagi Perodua Alza dilancarkan, Proton telah menurunkan harga kepada RM57, 998 bagi Proton Exora 1.6 Medium Line. Kenapa ya? Sudah gugup ka? Korang jawab sendirilah.

Berikut merupakan serba ringkas Aksesori yang ditawarkan oleh Perodua bagi keluaran Perodua Alza.

Solar Film, CD Player, Leather seats, Airbag driver, Airbag passenger, DVD Player, Navigation system, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering.

Jadi, pada sesiapa yang berminat sila kunjungi Bilik Pameran Perodua yang berdekatan dengan anda.

Perodua Alza_20

Read the rest of this entry »

Adriana Wajah Ketakutan
Sep 30th, 2009 by admin

Adriana Ke Nih?

Apa perasaan anda bila melihat gambar nih? 1st sekali lepas bini shoot gambar nih, aku tengok balik dalam skrin kamera, HAHAHAHAHA itu yang aku gelakkan… manatak nya… Cuba korang tengok gambar nih… muka dia nak kata macam takut pun ada, macam sedang ready pun ada, macam sedang nak terjun pun ada… Siap rambut terpacak lagi…

Gambar ni kitorang snap kat Padang Besar, sewaktu gi shopping sebelum raya. Adalah beli sikit-sikit barang keperluan. Time ni dah nak balik dah. Kitorang main snap je apa yang kitorang jumpa.. Sehinggalah nak pergi masuk dalam kereta, ternampak lah pick up tu sedang parking dekat-dekat kereta kiotang. Lepas tu sajalah main letak dia kat situ. Sekali Adriana buat muka camtu. Huhu…. Apalah Adriana nih… Tak gentlewomen langsung.. hehhe

»  Substance: WordPress   »  Style: Ahren Ahimsa