Kepada blog follower azuwanibrahim.com, sekarang saya masih dalam minggu Outstation ke Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Hari ini saya bertugas di Pontian dan akan menginap di Mersing. Jadi penggunaan internet saya terhad kerana saya tidak menggunakan broadband connection service. Jadi saya akan update blog saya dari masa ke semasa. Jika tiada informasi dari saya mungkin saya sedang tengah sibuk atau tiada capaian internet ketika itu. Untuk memenuhi kehendak semua peserta Pertandingan Bayi Comel ini, saya akan kemaskini info mengikut kemampuan saya. Insyaallah. Namun saya berharap pertandingan ini akan berjalan seperti yang dirancang walaupun saya tidak berada di Kuala Lumpur.
Disini saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghantar penyertaan ke azuwanibrahim.com. Saya selaku pemilik blog independent azuwanibrahim.com sangat berbesar hati kerana ramai juga yang mengambil bahagian dalam penganjuran yang tak seberapa ini.
Bagi memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan, maka dengan rasminya saya akan menutup penyertaan ini kepada orang ramai pada tepat jam 11:59 malam ini (30 Jun 2009). Keputusan 10 penyertaan yang layak akan di umumkan dalam minggu ini. Saya akan maklumkan hanya senarai 10 teratas pada hari Khamis (2 Julai 2009) jam 10pagi. Untuk mengetahui keputusan tersebut anda bolehlah layari ke laman blog saya pada hari tersebut dari masa ke semasa.
Sekian, Selamat Menanti Keputusan TOP 10.
Salam Dari Mersing.