Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
September 26th, 2008 by admin
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Dikesempatan ini saya dan isteri (Farasaila), ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Salam Syawal. Semoga Ramadhan yang akan ditinggalkan ini, akan memberikan iktibar dan penuh keberkatan kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Saya dan isteri juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa, menghalalkan makan dan minum sekiranya termakan tanpa pengetahuan.
Semoga Syawal yang bakal dirai akan memberikan seribu makna dan penuh kemerdekaan dari jajahan syaitan yang di rantai. Insyaallah.
- Posted in myevent, mygirl, mykid, myportrait
