Majlis Tahnik & Cukur Jambul Thaleah Adriana | Taman Melawati
November 9th, 2008 by admin
Majlis Tahnik dan Cukur Jambul Thaleah Adriana telah dilangsungkan pada 8 November 2008 di rumah Atok & Mak Tok nya di Taman Melawati. Seekor kambing telah disembelih bagi memenuhi syarat-syarat Aqiqah seorang bayi perempuan. Majlis berlangsung pada pukul 8.30 malam selepas selesai sembahyang Isyak. Majlis dimulakan dengan membelah mulut bayi iaitu memberi makan sedikit kurma, sedikit madu dan juga air Zam Zam sebagai minumannya.
Sepanjang majlis, Adriana seperti biasa tidak sedikitpun membuka mata untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dia lebih suka layan tidurnya itu. Bak kata mummy nya, Adriana nih lebih sayangkan tidurnya dari membuka mata ketika apa sahaja perkara yang dilakukan ke atasnya. Minum susu pun tidur, mandi pun boleh tidur. Cute betullah Nana nih. Setelah selesai membelah mulut oleh Imam Surau Madrasah At-Tarbiyyah Taman Melawati,
Nana di bawa berarak mengelilingi tetamu yang hadir bagi melakukan acara mencukur jambul. Ramai yang sudi untuk memotong rambutnya. Kesian Nana, rambut dia dah kena potong. Takpa, tu kan amalan sebagai seorang insan Muslim. Ketika acara memotong rambut tu, tetamu-tetamu yang hadir berselawat beramai-ramai sambil Nana di bawa untuk dipotong rambut ke seorang demi seorang tetamu yang hadir.
Seperti biasa, Nana lebih sayangkan tidurnya. Sikit pun dia tidak bangun untuk melihat apa yang sedang berlaku terhadap dirinya. Selepas selesai acara berselawat dan bercukur, para tetamu dihidangkan dengan makanan yang telah disediakan. Antara menu untuk malam tadi ialah Nasi Lauk Kurma Daging Kambing, Ayam Masak Merak, Kentang Bermayonis, dan juga Acar Timun. Minuman pula Sirap + Sunquick Oren = Siraporen. Hehe. Menu pencuci mulut pula ialah Limau Sunkist dan Tembikai dari Giant Taman Permata.
Nana akan dipotong rambut dan dicukur rambutnya semua sekali, Insyaallah pada Isnin ini bagi mengambil keberkatan Hari Isnin. Ya Allah Ya Tuhan Kami, kau izinkan anak kami Thaleah Adriana membesar sebagai Insan Muslimah yang Solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Insyaallah.
- Posted in isu semasa, mybaby, myevent, mygirl, myinfo, mykid, myportrait, myself