3 Piala, Kedah Yang Punya

August 25th, 2008 by admin

Dato’ Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) bersama piala yang dimenangi Pasukan Kedah. Kedah berjaya merangkul tiga piala bolasepak yang berprestij di Malaysia iatu Piala Super, Piala FA, dan juga Piala Malaysia dalam masa dua tahun berturut-turut. Sejarah baru yang dicipta oleh Pasukan Hijau Kuning a.k.a Pasukan Kenari.
Go Kedah Go….
Kedah Juara Liga Super
Kedah Juara Piala FA
Kedah Juara Piala Malaysia

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Al Fatihah - Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri Bin Mohd Akil

July 15th, 2008 by admin

Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri Bin Mohd Akil
(Dato’ Lela Pahlawan)
25.04.1939-15.07.2008

Al Fatihah - Begitulah ungkapan yang tidak dapat menahan sebak dan kesedihan tatkala mendengar khabar berita yang disampaikan kepada Duwanz melalui satu pesanan ringkas SMS yang menyatakan Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil atau lebih dikenali dikalangan forumer HKC dengan gelaran DAB telah kembali ke Rahmatullah pada petang ini setelah terjatuh di Istana Anak Bukit ketika menghadiri Sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir setelah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
DIA…. DIA…. dan DIA lah, tokoh yang sangat saya kagumi, membawa kegemilangan dan senario baru dalam kancah bolasepak Kedah dan Malaysia. Dia juga ketua pembangkang dalam industri bolasepak tanahair. Namun yang pergi tetap pergi. Al Fatihah buat Allahyarham DAB. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 

Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri bin Mohd. Akil telah dilahirkan pada 25 April 1939.
Kerjaya:

* Kadet Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) (12 Jan. 1959)
* Penolong Pegawai Tanah (14 Mei 1959)
* Penolong Pegawai Daerah Baling (Tanah) (15 Sept. 1959)
* Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu ( 6 Jan. 1962)
* Penolong Pegawai Daerah Langkawi (1 Feb. 1964)
* Penolong Pesuruhjaya Tanah dan Galian (4 Jan. 1967)
* Setiausaha Y.A.B. Menteri Besar Kedah (3 Mei 1969)
* Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Kerajaan Tempatan) (5 Sept. 1970)
* Pemangku Pegawai Daerah Langkawi (1 Jan. 1971)
* Pemangku Yang Dipertua Majlis Bandaran Sungai Petani (1 Jan. 1974)
* Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (9 Sept.1976)
* Bendahari Negeri Kedah (19 Mac 1977)
* Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (17 Disember 1978)
* Pemangku Pegawai Kewangan Negeri Kedah (25 Sept. 1980)
* Pegawai Daerah Kuala Muda (13 Jun 1982)
* Pegawai Daerah Kota Setar (1 Jan. 1984)
* Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (1 Mac 1986)
* Pegawai Kewangan Negeri Kedah (3 November 1989)
* Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (28 Ogos 1992)