Informasi & Analisa Harga Emas Public Gold
  • Terima Kasih Public Gold

    0
    scissors
    November 20th, 2009adminEmas

    Hari ini macam biasa, saya buat kerja-kerja yang saya tak pasti sama ada berfaedah atau tak. Kerja apa yang saya maksudkan tu ya?

    Sebenarnya saya ni telah buat satu blog bertajuk Pelaburan Emas : Informasi Harga Emas Semasa Di Malaysia. Tujuannya untuk orang ramai diluar sana membuat jangkaan, analisis, perbandingan harga dari masa ke semasa. Kerja yang saya buat tu leceh sikit. Saya masuk ke Portal Public Gold setiap jam selagi saya mempunyai akses internet. Kemudian saya akan copy dan paste di laman blog emas saya mengenai jadual turun naik harga emas semasa yang ditawarkan oleh Public Gold.

    Apa pendapat korang semua? Berfaedah ke saya buat benda tu? Kalau tak berfaedah kepada pengguna-pengguna, saya akan berhenti untuk buat kerja-kerja tersebut.

    Nak jadikan cerita, sambil saya buat kerja-kerja copy dan paste, saya akan menulis sedikit artikel berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang saya dapat. Setakat sekarang baru 3 entri termasuk entri ini. Sebab post-post yang lain tu hanyalah sekadar mengemaskini harga emas semasa Public Gold.

    Bila saya log in ke Dashboard Admin blog saya, saya klik la pada menu statistik. Terkejut jugak tengok statistik hari ni naik melonjak sehingga ke 160 visitor. Kebiasaannya hanya paras maksimum 70-80 visitor sahaja. Bila ditengokkan semula referer, macam tak percaya pulak. Referer datangnya dari publicgold.com.my/content/view/313/98….

    Bagaikan tak percaya, blog tak sampai sebulan, posting baru masuk 3 entri. Tapi Public Gold berminat untuk siarkan artikel yang saya rumuskan di portalnya. Ini merupakan promosi tak langsung. Suka betul saya. Saya ada jugak tengok ramai blogger emas telah menulis perkara yang sama secara point to point. Kebetulan saya buat rumusan seolah2 karangan. Hehe…. Anyway thanks to Public Gold.

    Share and Enjoy:
    • Print
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google Bookmarks
    • Blogplay
    Tags: , ,

Leave a Reply