-
Tentang Saya

Laman blog ini dihasilkan oleh saya sendiri sebagai usaha untuk membantu pelayar-pelayar internet untuk mendapatkan informasi semasa berkaitan dengan emas di Malaysia khususnya. Blog ini akan memapaparkan statistik dari masa ke semasa berkaitan dengan turun naik harga emas berpandukan pada harga emas yang ditawarkan oleh pihak Public Gold. Paparan statistik tersebut adalah sebagai membuat rujukan kepada para-para pelabur emas di Malaysia. Selain itu saya akan berkongsi sedikit sebanyak tulisan berkenaan dengan emas mengikut informasi yang saya perolehi.
Saya akan kemaskinikan statistik harga emas ini pada setiap jam selagi saya masih mempunyai capaian internet. Sekiranya tiada capaian internet, saya tidak akan paparkan statistik harga emas tersebut.
Diharap dengan adanya khidmat ini, sedikit sebanyak akan membantu anda untuk membuat ramalan dalam menentukan harga pasaran emas.

